Monday, February 21, 2022

STRUGGLE IS REAL ( Aku Si Pencari Kerja)

 Assalamualaikum korang. Minta maaf sebab lama dah tak update story baru. Lately ni, aku busy sikit sebab dah start nak cari kerja di tahun 2022 ni..

Harini merupakan hari kedua aku mula balik mencari kerja di bulan Februari ni. Aku bukan apa, sebab dah hampir 3 bulan terperap kat rumah je. Berat badan pun dh naik..Asyik makan tidur, bosan dah. Tu yang aku memang decide nak cari kerja tu. Lagipun, aku ada komitmen kereta, family, pastu ingat macam nak start saving sikit la. Mmg lah aku dh berkahwin, suami boleh tanggung, tapi aku tak sampai hati nak suami tanggung selamanya..Aku sendiri pun rimas .Tambahan pulak aku plan asal sebelum ni nak rehat sekejap je. Sebab haritu nak selesaikan banyak urusan termasuklah majlis perkahwinan aku yg dah bertangguh hampir 7 bulan disebabkan PKP Covid ni.

Okaylah, tanpa membuang masa, aku nak cerita sikit. Untuk bulan ni saja, aku dah kali keberapa cari kerja, merata sampai ke luar daerah la aku cari. Daripada kerja kilang, ofis sampai ke kerja kedai-kedai biasa, semua aku cari. Cuma cabaran bila dah berkahwin ni, bukan semua tempat nak terima status berkahwin ni bekerja, sebab kebanyakan company tak nak ambil risiko in case staf mereka mengandung ke nak mengisah anak dan banyak ambik cuti. Ya, itulah yang jadi. Kalau ikutkan, taktahu la nak cakap macam mana. Merata dah aku minta, ada yang beria macam nak ambik aku kerja, sudahnya senyap tanpa berita. Ada yang beria masa mula, lepastu takde apa respon. Begitulah ya kehidupan sebagai job seeker. 

Ada cerita aku nak share harini. Masa aku cari kerja tadi, aku sempat pergi satu walk in interview, klinik gigi ya. Masa iv, aku dengar je apa yg IV tu terangkan dan dia banyak je terangkan tentang jobscope kerja. Tapi yang buat aku tak boleh accept bila mana, task kerja yang dia bagitahu tu sangatlah tidak berbaloi dengan tawaran gaji yang dia bagitahu tu. Come on la, ini dah tahun 2022, mana ada gaji Rm750 lagi. Mentang2 lah kita ni betul2 nak bekerja, majikan pula sewenangnya mengambil kesempatan dalam kesempitan. Memang rasa macam kena game, bayangkan ya, aku dari tadi duk tenung je staf kat kaunter 2 org tu, which is aku rasa mereka lagi muda dari aku, kerja diorang hanya jawab call dan duduk saja. So apa yang aku nak point kan disini, cuba bayangkan,aku diberi task yang banyak, front desk kne buat, assist doctor pun kena, prepare n clean up everything pun aku kne..Habistu, apa function depa yang kat kaunter tu, kalau dah semua pun aku je yang buat? See? Itulah yang aku persoalkan. 

Next, aku nak share apa yang berlaku tadi masa minta kerja tempat kedua. Yang ni aku minta kje jadi pembuat waffle dan minuman. Masa minta sini, ada la sorang pekerja perempuan ni, dia nampak lebih muda dari aku tau. Masa tanya dia tentang kerja kosong, dia tengok muka aku lama2, ohh ya masa ni aku pakai mask tau. Lepastu dia kata takde. Aku tanya la dekat budak tu elok2, aku ckp kenapa dekat banner depan kedai ni bagitahu ada jawatan kosong? Lepastu dia jawab, " Ohh yang tu lama punya, belum cabut lagi" Entahla susah nak percaya sebab setahu aku pekerja kat mana2 branch waffle tu semua minimum kena ada 2 pekerja. So aku sangat curious tau. Lagipun dia pekerja je. Maybe ada rasa iri hati ke apa ke, I don't know laa kan sebab hati orang ni kita tak tahu.

Ketiga, aku ada cuba minta kerja dekat kilang ya. Jadi masa minta ni, aku tengok ada banner terpampang tulis pelbagai jawatan kosong termasuklah kerani. Aku pun tanya la dengan pakcik guard India tu, dia kata nak mohon kerja ke? Aku cakap ya, tapi nak mohon kerani, dia cakap full.. Entah la, ehh entah la susah nak percaya..Aku pun tak tahu kenapa. 

Takpela, walaupun ada rasa fed up sebab semua macam apa je, sampai ada satu tahap rasa macam rezeki kerja untuk aku kat dunia ni takde, tapi aku kuatkan hati dan fikir baik2, mungkin belum tiba masanya untuk diri ini dapat kerja yang sesuai dengan aku. Biarlah ada beribu manusia pun yang cuba halang pintu rezeki aku, tapi ketahuilah manusia tiada kuasa kerana mereka juga seorang hamba di bumi Allah. Bumi Allah luas, dan Allah adalah Maha Pemberi Rezeki. Yang bagi rezeki tu Allah, bukan manusia. Biarlah, percayalah jika kita tidak ditakdirkan untuk bekerja disitu, mungkin ada rezeki di tempat lain. Boleh jadi tempat yang kita tak dapat tu, penuh dengan situasi kerja yang toksik atau cuba manusia yang penuh dengan hasad dengki. Jadi, percayalah pada Janji Allah.. InshaAllah pasti ada jalan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Nafkah Batin. Penting atau tak penting??

Assalamualaikum warga blogger yg budiman. Setelah berbulan-bulan aku meninggalkan blog ini, dah berhabuk baru hari ni aku terpanggil untuk m...