Setelah berbulan-bulan aku meninggalkan blog ini, dah berhabuk baru hari ni aku terpanggil untuk menulis entri kali ini yg bertajuk "Nafkah Batin". Ya gituw.
Kenapa aku hanya sentuh bab " Nafkah Batin" saja? Bukankah nafkah ni dua-dua pun penting? Yezza, memang betul kedua nafkah ini penting cumanya, yang paling rumit sekali lebih menjurus kepada nafkah batin.
Okay, aku dah membebel banyak sgt jadi here I nak explain sikit:
1. NAFKAH ZAHIR- NAFKAH LUARAN YG WAJIB DIBERI OLEH PIHAK SUAMI KEPADA ISTERI. (Cth : makanan, pakaian,tempat tinggal,dll berkaitan)
2. NAFKAH BATIN - NAFKAH DALAMAN YG WAJIB DIBERI OLEH PIHAK SUAMI KEPADA ISTERI. (Cth: bermanja dgn isteri, berkata dgn lemah lembut, menjaga hati isteri, berhubungan intim iaitu Seks.)
###############################
Para suami isteri yg budiman, berbalik kpd topik kita tadi iaitu nafkah batin, which is aku nak sentuh more kepada seks.
Tak kira baik suami atau isteri, masing2 ada naluri inginkan seks betul? Dulu masa zaman bujang, aku pun tak aware sgt tentang seks ni sebab aku belum kahwin lagi pada masa itu. Sekarang bila dah kahwin, amatlah mengubah tanggapan aku bahawa seks yg dulunya aku anggap tak penting tu sebenarnya sgt penting. Sangat penting ya.
Tapi, jangan ingat takde pasangan yg abaikan seks ni. Kalau bukan suami yg tolak, mesti isteri. Aku pernah baca artikel ada juga lelaki yg menolak untuk seks, tapi hanya minoriti. Yg isteri la paling banyak tolak seks.
Sebenarnya,seks ni sangatlah penting dalam rumahtangga kerana seks yg baik itu akan mengeratkan kesinambungan dalam rumahtangga suami isteri. Dalam agama, baik suami atau isteri tugas utama adalah melayani suami/isteri dgn baik. See? Agama kita sendiri dh bagi tahu betapa pentingnya hubungan intim ni.
Kesan dari kurangnya berhubungan intim ni boleh menyebabkan suami/isteri berlaku curang dgn org lain, boleh mengakibatkan stres yang berpanjangan, merenggangkan lagi hubungan suami isteri, perkahwinan hambar, suami isteri rasa turn off antara satu sama lain dan kalau lebih teruk lagi boleh menjurus ke arah perceraian. Nauzubillah..
Kepada suami-suami di luar sana, tunaikanlah nafkah batin anda kepada para isteri. Jangan sesekali dera atau seksa mental isteri dengan mengabaikan hubungan seks. Berdosa abaikan tanggungjawab ni.Isteri ni, kalau dia tak dapat nafkah batin dua minggu pun dah rasa tersiksa sangat inikan pula tak dapat berbulan-bulan malah ada juga yang bertahun-tahun. Sekiranya para suami di luar sana tak mampu untuk tunaikan nafkah batin ni, tolonglah jangan berdiam diri. Cuba cari jalan penyelesaian untuk atasi masalah tuan2 sekalian. Jangan sesekali malu untuk berbincang dgn isteri ttg masalah yg dihadapi. Biasalah kita manusia mana ada yg sempurna, jadinya masing2 cubalah untuk berubat atau improve kekuatan dalaman.
Kepada para isteri di luar sana, bersyukur lah sekiranya suami anda masih menginginkan anda untuk berhubungan intim selalu. Percayalah, tak semua isteri dapat nikmat macam tu. Jangan lah kerap menolak ajakan suami di tempat tidur,berdosa sekiranya isteri abaikan tanggungjawab terhadap suami. Suami bila rasa kecewa sbb tak dapat layanan isteri, isteri berdosa. Sekiranya isteri terpaksa menolak atas sebab yg xdpt dielakkan seperti datang haid, berpantang atau mempunyai masalah yg memudaratkn jika berhubungan seks ,tak apa. Bawaklah berbincang suami isteri. Cari jalan penyelesaian seperti yg aku katakan tadi.Tpi jika isteri tolak sbb malas, penat dgn kerja, penat urusan rumahtangga seharian, atau malas nk mandi wajib sebab rambut susah nk kering makanya isteri perlu bincang dgn suami utk selesaikan masalah ni. Suami juga perlulah sama2 rajinkan diri buat kje rumah, jaga anak sama2. Belikan la satu pengering rambut, xmahal mana pun. Rm50 dpt dh, sekurangnya isteri x perlu risau kalau rambut mereka basah sbb dh ada pengering utk mereka sempat pergi kerja esok hri.
Baik suami atau isteri, laksanakanlah tanggungjawab ni bersama-sama. Jgn disebabkan sikap kita yg culas dalam tggjawab, ada hati pasangan kita yg memendam rasa dan terluka. Jgn pandang remeh untuk hal2 yg kita anggap kolot ni. Elakkan suami atau isteri utk mencari lelaki/perempuan lain di luar sana demi mendapatkan hak dan nafsunya.
Akhir Kalam, just aku nak pesan sesama manusia, jagalah masjid yg dibina ini dengan penuh sakinah,mawaddhah, rahmah. Moga yg baik2 saja untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment