Inilah yang selalu digunakan oleh pejuang-pejuang 2 line macam aku. Kadang aku pun taktahu ni kali yang ke berapa dah aku test tapi rezeki belum berpihak pada kami suami isteri.
Dulu, masa bujang, selalu tengok je orang yang dah berkahwin guna tapi sekarang aku pun guna juga. Dulu selalu tengok pasangan yang belum ada zuriat selalu kongsi perasaan serta masalah yang mereka hadapi bila berhadapan dengan soalan orang sekeliling.
Ohh btw, Selamat Hari Raya semua..😊 Al maklumlah Raya terkejut kan tahun ni..Mesti ramai yang kalut malam raya haritu. Yela, mana tidaknya dah 2 tahun tak dapat beraya normal lepastu tup2 tahun ni eh eh raya terkejut pulak🤣🤣 Dengan lemangnya, rendangnya entah kemana..Apa pun tak siap lagi ,dengan rakyat Malaysia ni kelam kabut balik malam tu juga bila umum esoknya Raya ya. Naya Naya. Jem padat malam tu. Pasar Awam yang tak pernah buka waktu malam ,eh buka pulak waktu malam.
Syukur ke hadrat Ilahi, inilah tahun yang paling-paling bermakna dan yang kami sangat rindui..Dalam kekalutan tu, aku sangatlah bersyukur sebab dapat beraya macam biasa. Sedih pun ada, sebak pun ada.
Okaylah..jauh betul topik aku lari ya..haha
Okay2, berbalik kepada tajuk pejuang 2 line ni..Aku pun ada nak share sikit, ujian yang Allah uji pada aku dan suami. Kami berkahwin tahun lalu, lebih kurang setahun dah tempoh kami kahwin..Dalam masa yang sama, adik lelaki suami aku pun berkahwin 2 bulan selepas kami kahwin. Jarak perkahwinan kami tu memang agak rapat. Jadi, nak dijadikan cerita, biras aku dah pregnant dulu..Jadi masa permulaan nak sesuaikan diri aku memang agak susah. Yela, mana tidaknya..bila aku berjumpa dengan keluarga aku, keluarga mertua mahupun rakan2 pasti akan diajukan soalan cepumas berkaitan anak kepada kami berdua.
Tapi yang sering mereka tanya dan yang perlu menjawab soalan2 tu adalah aku. Bukan suami aku. Yeah maybe sebab dah jadi mentaliti orang kita ni, bila mengandung ke apa ke mesti isteri yang kena jawab kan😌 Tapi sejak kebelakangan ni, family aku dengan family mertua memang takde sentuh soalan sensitif ni pada kami berdua. Mungkin mereka memahami..Tapi baru2 ni adalah sedara belah suami, which is cousin suami yang lelaki tiba2 tanya soalan anak pada aku. Dia tanya mcm ni, " Eh, mana si kecik" ?? Terkesima aku masa dia tanya soalan macam tu. So aku ingat dia tanya budak kecik mana, so memang muka aku berkerut sebab tak faham soalan dia.
Tapi lepas aku duduk, selang beberapa minit lepas tu, dia tengah borak dengan biras aku yang lelaki tu, still tanya lagi soalan dekat aku, " ingatkan yang baju hijau tu(aku) dah ada anak, oo belum lagi ya" dia tanya macam ni ya.
Hello!!! Kau memang jenis yang takde common sense ke? What are idiot question u ask me?? Aku boleh terima jika soalan tu ditanya dengan cara yang proper macam org2 tua tanya. Tapi cara kau tanya pada aku tu macam nak menyindir aku! Kau dah tanya tadi masa aku mula2 datang tapi kau tanya lagi. Jadi masalah dekat kau ke kalau aku takde anak sekalipun??? Bukan aku kahwin dengan kau pon! Jumpa atau kenal pun tak, tiba2 tanya soalan sensitif dekat aku. Jatuh air muka aku depan sedare mara lain. Cannot brain la dgn org mcm ni..Pangkat je besar, otak kt lutut I guess..Jangan kau ingat bila kau sedara dengan suami aku, kau boleh sedap2 je tanya soalan yang boleh melukakan hati orang lain. Tu kerja Tuhan, aku hanya mampu berusaha je. Cuba kalau aku x kenal kau, then aku tnya mcm ni" eh hidup lagi ya, ingat dah takde" Apa perasaan? Mesti sakit hati kn..
Sama juga dengan kawan aku sorang ni, bila update gambar je asyik tanya dah ada isi ke? Berapa banyak kali kau nak tanya? Aku tahu la kau ada rezeki anak awal, tapi janganlah keep tanya soalan sama je, lepastu sibuk2 nak usha perubahan badan, perut dengan muka aku bila aku share gambar. Sebabtu jangan tanya kenapa aku dah jarang2 nak share gambar kat media sosial, sebab mulut takde insurance tu la boleh buat orang lain tak yakin nk share apa2 dekat dalam sosmed dia sendiri.
Tolonglah ada common sense sikit kalau nk tanya tu. Cukup tanya sekali Dua, cukup. Tak perlu tanya berkali kali sampai buat orang rimas. Jangan tanya kalau tiba2 kena block ya. Dosa dengan Tuhan, kau minta ampun, InshaAllah Tuhan boleh ampunkan. Tapi dosa dgn manusia, perlu selesaikan dengan manusia juga.
Semoga Allah kurniakan aku dengan suami zuriat yang baik, sihat dan pintar. Aamiin.. doakan ya gais 😌