Monday, January 16, 2023

Nafkah Batin. Penting atau tak penting??

Assalamualaikum warga blogger yg budiman.

Setelah berbulan-bulan aku meninggalkan blog ini, dah berhabuk baru hari ni aku terpanggil untuk menulis entri kali ini yg bertajuk "Nafkah Batin". Ya gituw.

Kenapa aku hanya sentuh bab " Nafkah Batin" saja? Bukankah nafkah ni dua-dua pun penting? Yezza, memang betul kedua nafkah ini penting cumanya, yang paling rumit sekali lebih menjurus kepada nafkah batin.

Okay, aku dah membebel banyak sgt jadi here I nak explain sikit:

1. NAFKAH ZAHIR- NAFKAH LUARAN YG WAJIB DIBERI OLEH PIHAK SUAMI KEPADA ISTERI. (Cth : makanan, pakaian,tempat tinggal,dll berkaitan)

2. NAFKAH BATIN - NAFKAH DALAMAN YG WAJIB DIBERI OLEH PIHAK SUAMI KEPADA ISTERI. (Cth: bermanja dgn isteri, berkata dgn lemah lembut, menjaga hati isteri, berhubungan intim iaitu Seks.)

###############################
Para suami isteri yg budiman, berbalik kpd topik kita tadi iaitu nafkah batin, which is aku nak sentuh more kepada seks.
Tak kira baik suami atau isteri, masing2 ada naluri inginkan seks betul? Dulu masa zaman bujang, aku pun tak aware sgt tentang seks ni sebab aku belum kahwin lagi pada masa itu. Sekarang bila dah kahwin, amatlah mengubah tanggapan aku bahawa seks yg dulunya aku anggap tak penting tu sebenarnya sgt penting. Sangat penting ya.

Tapi, jangan ingat takde pasangan yg abaikan seks ni. Kalau bukan suami yg tolak, mesti isteri. Aku pernah baca artikel ada juga lelaki yg menolak untuk seks, tapi hanya minoriti. Yg isteri la paling banyak tolak seks.

Sebenarnya,seks ni sangatlah penting dalam rumahtangga kerana seks yg baik itu akan mengeratkan kesinambungan dalam rumahtangga suami isteri. Dalam agama, baik suami atau isteri tugas utama adalah melayani suami/isteri dgn baik. See? Agama kita sendiri dh bagi tahu betapa pentingnya hubungan intim ni.

Kesan dari kurangnya berhubungan intim ni boleh menyebabkan suami/isteri berlaku curang dgn org lain, boleh mengakibatkan stres yang berpanjangan, merenggangkan lagi hubungan suami isteri, perkahwinan hambar, suami isteri rasa turn off antara satu sama lain dan kalau lebih teruk lagi boleh menjurus ke arah perceraian. Nauzubillah..

Kepada suami-suami di luar sana, tunaikanlah nafkah batin anda kepada para isteri. Jangan sesekali dera atau seksa mental isteri dengan mengabaikan hubungan seks. Berdosa abaikan tanggungjawab ni.Isteri ni, kalau dia tak dapat nafkah batin dua minggu pun dah rasa tersiksa sangat inikan pula tak dapat berbulan-bulan malah ada juga yang bertahun-tahun. Sekiranya para suami di luar sana tak mampu untuk tunaikan nafkah batin ni, tolonglah jangan berdiam diri. Cuba cari jalan penyelesaian untuk atasi masalah tuan2 sekalian. Jangan sesekali malu untuk berbincang dgn isteri ttg masalah yg dihadapi. Biasalah kita manusia mana ada yg sempurna, jadinya masing2 cubalah untuk berubat atau improve kekuatan dalaman.

Kepada para isteri di luar sana, bersyukur lah sekiranya suami anda masih menginginkan anda untuk berhubungan intim selalu. Percayalah, tak semua isteri dapat nikmat macam tu. Jangan lah kerap menolak ajakan suami di tempat tidur,berdosa sekiranya isteri abaikan tanggungjawab terhadap suami. Suami bila rasa kecewa sbb tak dapat layanan isteri, isteri berdosa. Sekiranya isteri terpaksa menolak atas sebab yg xdpt dielakkan seperti datang haid, berpantang atau mempunyai masalah yg memudaratkn jika berhubungan seks ,tak apa. Bawaklah berbincang suami isteri. Cari jalan penyelesaian seperti yg aku katakan tadi.Tpi jika isteri tolak sbb malas, penat dgn kerja, penat urusan rumahtangga seharian, atau malas nk mandi wajib sebab rambut susah nk kering makanya isteri perlu bincang dgn suami utk selesaikan masalah ni. Suami juga perlulah sama2 rajinkan diri buat kje rumah, jaga anak sama2. Belikan la satu pengering rambut, xmahal mana pun. Rm50 dpt dh, sekurangnya isteri x perlu risau kalau rambut mereka basah sbb dh ada pengering utk mereka sempat pergi kerja esok hri.

Baik suami atau isteri, laksanakanlah tanggungjawab ni bersama-sama. Jgn disebabkan sikap kita yg culas dalam tggjawab, ada hati pasangan kita yg memendam rasa dan terluka. Jgn pandang remeh untuk hal2 yg kita anggap kolot ni. Elakkan suami atau isteri utk mencari lelaki/perempuan lain di luar sana demi mendapatkan hak dan nafsunya. 

Akhir Kalam, just aku nak pesan sesama manusia, jagalah masjid yg dibina ini dengan penuh sakinah,mawaddhah, rahmah. Moga yg baik2 saja untuk kita semua.

Sunday, May 8, 2022

Pejuang 2 Line

Rasanya semua orang mesti tahu ni gambar apa kan...
Inilah yang selalu digunakan oleh pejuang-pejuang 2 line macam aku. Kadang aku pun taktahu ni kali yang ke berapa dah aku test tapi rezeki belum berpihak pada kami suami isteri.
Dulu, masa bujang, selalu tengok je orang yang dah berkahwin guna tapi sekarang aku pun guna juga. Dulu selalu tengok pasangan yang belum ada zuriat selalu kongsi perasaan serta masalah yang mereka hadapi bila berhadapan dengan soalan orang sekeliling.

Ohh btw, Selamat Hari Raya semua..😊 Al maklumlah Raya terkejut kan tahun ni..Mesti ramai yang kalut malam raya haritu. Yela, mana tidaknya dah 2 tahun tak dapat beraya normal lepastu tup2 tahun ni eh eh raya terkejut pulak🤣🤣 Dengan lemangnya, rendangnya entah kemana..Apa pun tak siap lagi ,dengan rakyat Malaysia ni kelam kabut balik malam tu juga bila umum esoknya Raya ya. Naya Naya. Jem padat malam tu. Pasar Awam yang tak pernah buka waktu malam ,eh buka pulak waktu malam.

Syukur ke hadrat Ilahi, inilah tahun yang paling-paling bermakna dan yang kami sangat rindui..Dalam kekalutan tu, aku sangatlah bersyukur sebab dapat beraya macam biasa. Sedih pun ada, sebak pun ada. 
Okaylah..jauh betul topik aku lari ya..haha

Okay2, berbalik kepada tajuk pejuang 2 line ni..Aku pun ada nak share sikit, ujian yang Allah uji pada aku dan suami. Kami berkahwin tahun lalu, lebih kurang setahun dah tempoh kami kahwin..Dalam masa yang sama, adik lelaki suami aku pun berkahwin 2 bulan selepas kami kahwin. Jarak perkahwinan kami tu memang agak rapat. Jadi, nak dijadikan cerita, biras aku dah pregnant dulu..Jadi masa permulaan nak sesuaikan diri aku memang agak susah. Yela, mana tidaknya..bila aku berjumpa dengan keluarga aku, keluarga mertua mahupun rakan2 pasti akan diajukan soalan cepumas berkaitan anak kepada kami berdua.

Tapi yang sering mereka tanya dan yang perlu menjawab soalan2 tu adalah aku. Bukan suami aku. Yeah maybe sebab dah jadi mentaliti orang kita ni, bila mengandung ke apa ke mesti isteri yang kena jawab kan😌 Tapi sejak kebelakangan ni, family aku dengan family mertua memang takde sentuh soalan sensitif ni pada kami berdua. Mungkin mereka memahami..Tapi baru2 ni adalah sedara belah suami, which is cousin suami yang lelaki tiba2 tanya soalan anak pada aku. Dia tanya mcm ni, " Eh, mana si kecik" ?? Terkesima aku masa dia tanya soalan macam tu. So aku ingat dia tanya budak kecik mana, so memang muka aku berkerut sebab tak faham soalan dia.
Tapi lepas aku duduk, selang beberapa minit lepas tu, dia tengah borak dengan biras aku yang lelaki tu, still tanya lagi soalan dekat aku, " ingatkan yang baju hijau tu(aku) dah ada anak, oo belum lagi ya" dia tanya macam ni ya. 

Hello!!! Kau memang jenis yang takde common sense ke? What are idiot question u ask me?? Aku boleh terima jika soalan tu ditanya dengan cara yang proper macam org2 tua tanya. Tapi cara kau tanya pada aku tu macam nak menyindir aku! Kau dah tanya tadi masa aku mula2 datang tapi kau tanya lagi. Jadi masalah dekat kau ke kalau aku takde anak sekalipun??? Bukan aku kahwin dengan kau pon! Jumpa atau kenal pun tak, tiba2 tanya soalan sensitif dekat aku. Jatuh air muka aku depan sedare mara lain. Cannot brain la dgn org mcm ni..Pangkat je besar, otak kt lutut I guess..Jangan kau ingat bila kau sedara dengan suami aku, kau boleh sedap2 je tanya soalan yang boleh melukakan hati orang lain. Tu kerja Tuhan, aku hanya mampu berusaha je. Cuba kalau aku x kenal kau, then aku tnya mcm ni" eh hidup lagi ya, ingat dah takde" Apa perasaan? Mesti sakit hati kn..

Sama juga dengan kawan aku sorang ni, bila update gambar je asyik tanya dah ada isi ke? Berapa banyak kali kau nak tanya? Aku tahu la kau ada rezeki anak awal, tapi janganlah keep tanya soalan sama je, lepastu sibuk2 nak usha perubahan badan, perut dengan muka aku bila aku share gambar. Sebabtu jangan tanya kenapa aku dah jarang2 nak share gambar kat media sosial, sebab mulut takde insurance tu la boleh buat orang lain tak yakin nk share apa2 dekat dalam sosmed dia sendiri.

Tolonglah ada common sense sikit kalau nk tanya tu. Cukup tanya sekali Dua, cukup. Tak perlu tanya berkali kali sampai buat orang rimas. Jangan tanya kalau tiba2 kena block ya. Dosa dengan Tuhan, kau minta ampun, InshaAllah Tuhan boleh ampunkan. Tapi dosa dgn manusia, perlu selesaikan dengan manusia juga.
Semoga Allah kurniakan aku dengan suami zuriat yang baik, sihat dan pintar. Aamiin.. doakan ya gais 😌

Saturday, April 30, 2022

Perbandingan Hidup Yang Kadang Kala Merumitkan

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua..

Ni bukan cerita cuma sedikit pandangan/luahan hati aku. Aku terpanggil untuk tulis disini sebab aku selalu tengok posting-posting di media sosial ini yang selalu membandingkn cara/kehidupan masing-masing itu adalah lebih baik dari orang lain.

Contohnya, aku pernah baca ada para ibu-ibu yang suka berkongsi kisah tentang cara melahirkan anak secara normal atau ceaser. Kadang ibu yang mampu melahirkan secara normal ni suka memperlekehkan ibu yang melahirkan cara ceaser..Selalu jugak aku tengok komen-komen mereka ni kadang suka sangat membandingkn seolah-olah diri mereka lebih baik. Begitu juga dengan bilangan anak. Orang kita ni terlalu suka banding kan sampai satu masa melukakan hati orang lain. Kadang bila kita dikurniakan bilangan anak yang sikit, dikatanya kita jaga badan. Kalau yang mempunyai bilangan anak ramai tu dikira hebat. Mungkin bilangan anak itu sudah menjadi ketetapan ilahi mengikut kemampuan diri seseorang itu atau mungkin seseorang itu ada sebab mereka tersendiri.

Begitulah juga dengan emas. Kalau awak mampu pakai emas berkilo-kilo, pakailah tapi janganlah perlekehkan orang yang hanya mampu membeli emas halus, sebab mungkin bajet mereka tak besar macam awak. Kalau yang memang jenis tak suka pakai emas, tak perlu nak perlekehkan orang yang pakai emas ni macam-macam. Jangan nak banding kan siapa lebih baik.

Macam tu juga bila kita mampu untuk pakai kereta mewah, rumah mewah dan bercuti di tempat mewah. Tak perlu nak perlekeh orang lain yang hanya mampu pakai kereta biasa-biasa, rumah kos rendah dan hanya mampu bercuti dengan percutian bajet. Lain orang, lain pendapatan. Tak perlu beritahu semua orang yang awak tu kaya, tak perlu tabur-tabur duit macam tak pernah jumpa duit..Poket kita semua tak sama.

Jika awak ada rezeki dapat kerja bagus, jangan hina orang yang menganggur, bekerja sendiri atau tidak senasib dengan awak.Jangan, sebab kita sendiri tak tahu berapa strugglenya seseorang itu cuba untuk dapat kerja bagus macam kita tapi mereka tidak berpeluang seperti kita. Mana tahu jika Allah itu sedang mengatur rezeki mereka itu jauh lebih baik dari apa yang mereka sangkakan. Jika awak ada anak yang cepat belajar, jangan ajar atau tunjuk cara awak didik anak awak pada ibu bapa lain. Itu cara awak. Ibu bapa lain pun ada cara mereka didik anak masing-masing. Ini tidak, kadang ada ibubapa yang suka show off anak mereka itulah, inilah. Bagus, bukan tak bagus tapi cara awak tak semestinya sesuai untuk kemampuan anak orang lain. Setiap anak berbeza personaliti, kelebihan dan mempunyai keunikan tersendiri.

Sama juga kalau awak seorang yang suka berjimat cermat, tak perlu obses sangat nak kongsi tips berjimat cermat awak tu pada orang lain, sebab tak semua orang berminat dan setuju dengan cara awak tu. Aku pernah baca satu perkongsian ni, dia cerita mengenai misi jimat cermat dia tu tapi kadang ada part yang aku tak setuju. Sampai baju anak pun nak beli semua bundle sedangkan dia bukan tak mampu. Tapi dah terlalu obses sampai dah tak boleh nak beza antara jimat dengan kedekut. Rezeki yang kita dapat tu rezeki anak anak juga. Jadi tak salah jika bagi anak-anak merasa baju baru. Lainlah jika awak memang betul-betul tak mampu. Lepastu berkongsi tips hidup awak untuk dijadikan ikutan orang lain. Kalau awak selesa dengan cara awak yang begitu, silakan tapi tak perlu orang lain ikut cara awak. Nanti ada pulak orang yang sebelum ni tak berkira jadi berkira dan berjimat tak kena tempat pula.

Begitu juga kalau anak awak belajar kos yang hebat dan popular.Anak orang ini belajar kos biasa-biasa sahaja. Tak perlu nak cerita itu ini sampai nak downgradekan kos anak orang yang belajar biasa-biasa ni. Tak perlu nak cakap lebih-lebih sampai kata kos yang anak orang tu belajar tak kemana la tak banyak peluang kerja la. Awak tu bukan Tuhan ya. Kalau anak kita cepat belajar bercakap, merangkak, jangan sesekali kita jadi doktor yang nak mendiagnos anak orang lain tu autism la apa la..Jangan. Jangan suka nak cakap padan muka dekat anak orang lain atau cakap yang bukan-bukan yang bukan bidang kuasa kita. Tuhan tu boleh uji dengan apa yang kita perkatakan. Elakkan bercakap angkuh.

Lagi satu, aku selalu perhatikan orang kita ni suka judge penampilan orang lain. Bila orang tu berpakaian biasa, dikatakan old school sebab tak ikut trend. Sama juga jika seseorang itu bertudung lengkap dengan menutup aurat sempurna pun digelar ustazah dan dijadikan bahan ejekan. Sedangkan dia sudah faham apa yang disyariatkan oleh agama Islam. Begitu juga yang tak menutup aurat ni dipandang atas bawah dan dikecam teruk seolah mereka ni confirm ahli neraka. Adalah lebih baik untuk kita mendoakan yang baik-baik dan menghormati antara satu sama lain. Hidayah itu milik Allah dan hidayah itu pilihan Allah untuk beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Sebenarnya ada banyak lagi yang aku nak luah tapi cukuplah yang kat atas ni aku dah bagi contoh. Apa yang aku nak simpulkan dekat sini, Jangan suka nak membandingkan kehidupan mahupun cara kita dengan orang lain. Berhenti merasa diri kita terpaling bagus sampai rasa orang lain tu useless.. Ingat, dunia ni bukan milik kita. Harta, kekayaan, kebijaksanaan, rupa paras, dan pangkat yang kita ada sekarang ini semua bersifat sementara. Semua Dia punya. Kita ni manusia hanya pemegang amanah saja. Bawak-bawaklah muhasabah diri. Nikmatilah kehidupan awak dengan tenang tanpa perlu membandingkan mahupun menyakiti hati insan lain. Kan lebih bahagia bila kita amalkan cara sebegini. Raikan pendapat dan kepelbagaian antara kita bukan membandingkan siapa paling bagus. Jaga tutur kata kita. Jika tutur kata kita mampu melukakan hati insan lain, diam itu lebih baik. Pilihlah untuk berdamai dari menyakiti.

Pesanan tulus dari saya yang insan biasa ni. Dah nak dekat raya dan masing-masing pun nak berjumpa dengan keluarga yang hampir 2 tahun tak jumpa. Jaga hubungan baik antara keluarga. Jangan jadikan pertemuan ini sia-sia. Cipta memori yang indah bersama yang tersayang. Selamat Hari Raya semua.

Tuesday, April 5, 2022

HIKMAH BERSYUKUR

Assalamualaikum dan selamat malam kepada para pembaca sekalian. Alhamdulillah harini merupakan hari ketiga umat Islam berpuasa pada tahun 2022 ini. Cuma biasalah, vibes Ramadhan tu tak seindah tahun2 sebelum ni, mungkin asbab covid yg melanda 2 tahun lepas kpd kita semua..

Okay, harini aku nk cerita sikit tentang Bersyukur. Semua org pernah dengar perkataan ni tapi tak semua orang praktikkan dalam kehidupan masing2 kan. 

Korang perasan tak, sebenarnya kita semua ni boleh hidup dan bahagia je dengan cara kita..Ada orang yang diuji dengan rasa susah dalam pekerjaan, ada masalah persekitaran tempat kerja, toksik, workload kerja, gaji dan macam2 lagi. Begitulah juga bila mana ada orang Allah uji dengan masalah kekeluargaan seperti ibu bapa bercerai, hidup dalam kesusahan, serta hidup dalam kesibukan dunia. Setiap manusia mmg x lari dari diuji kerana kita hidup di dunia, bukan di Syurga. 

Sejujurnya rasa bersyukur itu akan mulai hilang dalam diri kita bila mana kita terlalu byk membandingkn kehidupan kita dgn org lain. Mulai dari detik itu, kita telah didik diri kita tanpa sedar untuk sentiasa tidak merasa cukup..Kadang bila kita tgok org pakai kereta besar, kita mula judge bukan2 dekat org tu, mmg x dinafikan ada jenis org yg pakai kereta mewah untuk show off, tapi x pasal2 orang yang mmg xde show off pun kne tempias. Jika kita lihat org kerja senang, jgnlah cemburu dan banding kan hidup kita dgn dia, sbb kita sendiri tak tahu struggle dia kerja mcm mne, mungkin dari apa yg kita nmpk tu sebenarnya adalah waktu dia utk berehat. Sama juga kalau kita nmpk org asyik bercuti, jgn judge dia jenis suka habiskan duit dsb, sebab kita xtahu mungkin dengan bercuti itulah terapi untuk menghilangkan tekanan kerja atau tekanan hidup dia. Begitulah juga bila mana kita lihat ada org beli kereta mewah, makan tempat mewah, mungkin itu cara mereka nak reward diri mereka yang dh penat lelah bekerja, atau mengumpul duit. Kalau kita lihat ada kawan2 kita yang ada kerjaya lebih baik dari kita, jgn sekali rasa iri sebab itu bahagian rezeki dia. Tak perlu persoalkan dia tu itu ini mcm mana, sbb boleh jadi rezeki kawan kita dpt kerja jauh lebih baik dri kita tu sebenarnya adalah balasan kpd sisi kebaikan dia yg kita x nmpk. Dan mungkin itulah hasil dari jerih payah dia belajar dulu dan sebagainya.

Pernah tak dalam hidup, kita nampak workload kerja kita berbeza. Mungkin sometimes kita ada rasa kurang senang dan mempersoalkan kenapa dan mengapa kita x duduk kat tempat dia. Tapi percayalah, ujian hidup yg Allah tetapkan pada kita semua adalah berdasarkan kemampuan hambaNya. Ada org mungkin dia hanya mampu buat kerja yang senang, sebab itu je tahap kemampuan dia. Tapi lain pula kalau kita yg duduk kat tempat dia, mesti kita akan rasa sgt stres atau bosan sbb kita jenis yg suka buat kerja yg tough. Boleh jadi bila dia duduk tempat kita, dia x mampu utk buat sbb itu bukan kemampuan dia. Kelebihan kita mungkin adalah kekurangan dia, tapi kekurangan kita mungkin kelebihan diri dia. Yg penting, kerja yg kita buat tu, perlulah sejajar dgn gaji kita, sebab kdg2 ada org yg suka mengambil kesempatan dlm kesempitan. Kitalah yg kena pandai main peranan utk jadikan masalah tu ada jalan penyelesaian..Yang penting dlm hidup, x salah jika pandang atas tapi kdg kala kena jenguk2 bawah juga. Bila hanya memandang atas, kita akn susah nak didik hati ni utk bersyukur, dan bila kita asyik memandang yg bawah lama2 akan buatkan kita demotivated, downgraded diri kita,utk bergerak maju ke depan dan hanya berada di takuk yg sama. 

Sebenarnya dlm hidup, kita bukan sahaja bekerja, tetapi kita juga belajar. Belajar untuk mengendalikan kehidupan kita dgn baik. Everyday is a learning process. Kalau zaman belajar, kita belajar untuk menduduki ujian, tapi kalau dlm kehidupan, kita diberi ujian untuk belajar dlm kehidupan. 

Kesimpulannya, syukurilah apa yg kita ada. Hidup adalah anugerah. We do what we love, we love what we do.

Okay lah..Selamat maju jaya semua😉😉

Monday, March 7, 2022

Kawan atau Lawan???

Baru-baru ini, memang sangat trending kes kematian yang melibatkan seorang artis cantik dari Thailand. Boleh dikatakan dari Thailand, Malaysia sampai Indonesia masing2 tengah top dengan kes ni. Mana taknya, daripada kenyataan yang dikatakan beliau lemas tapi sebenarnya ada unsur pembunuhan disitu oleh kawan beliau sendiri. Seriau kan dengar. Sedih dan sangat menyayat hati. Semoga kematian beliau mendapat keadilan..

Jadi, daripada kisah beliau ni dapat aku kaitkan yang kita sebenarnya tak boleh terlalu percaya pada kawan-kawan kita sendiri sebab kadang kawan tu jugalah yang jadi lawan kita. Kalau nak juga berkawan, kawan berpada-pada cukup.

Sebenarnya, kisah ni membuatkan aku terpanggil untuk menulis kisah aku mengenai kawan. Aku sendiri sampai sekarang ada masalah "trust issue" dengan orang termasuklah kawan-kawan dan orang yang dulunya aku sangat rapat dan anggap mereka ni tiada niat jahat. So aku ringkaskan disini kenapa aku jadi macam sekarang ni dan punca aku jadi begini. Semua berkait rapat sejak aku darjah 3. Aku pernah kena tuduh dengan cikgu masa dalam dewan peperiksaan atas tuduhan aku nak meniru sebab cikgu dapat nota atas meja aku. Tapi sebenarnya ada kawan sebelah yang kirim nota tu masa aku buat tengah jawab peperiksaan. Itulah kali pertama aku kena dengan kawan aku. Sepanjang hidup aku dari darjah 3 sampailah sekarang, terlalu banyak yang berlaku kat diri aku.

Aku pernah hampir kena tampar dengan cikgu sebab mulut dan tuduhan kawan sekelas aku, aku pernah dipulau oleh kawan-kawan sekelas sebab aku pelajar cemerlang dan majoriti menjadi pelajar kesayangan guru-guru. Aku pernah kena ugut bunuh oleh kawan baik sendiri sebab terlalu bijak, pernah diburukkan oleh kawan yang cemburu dengan aku dari segi akademik dan paras rupa. Aku juga pernah bergaduh dengan kawan2 yang dulunya baik dengan aku. Semua berpunca dari mulut mereka. Pernah dikhianati oleh kawan baik sendiri, kawan rapat dan juga hampir nak kena perangkap dengan kawan rapat masa zaman belajar dulu. Ada benarnya apa yang adik aku cakap, orang macam aku memang tak boleh ada kawan baik. Hanya kawan biasa je. Aku kadang seronok tengok orang lain boleh ada kawan baik dan kekal je hubungan mereka tu. Tapi perkara tu tidak berlaku pada aku. 

Sampai sekarang, aku memang bawa haluan sendiri je. Cuma aku hanya akan kawan biasa je dengan semua orang. Setiap kali aku berkawan dengan orang dan mulai rapat, mesti lepas tu hubungan aku dengan kawan tu akan mulai renggang dan pasti akan ada isu tak puas hati dan cemburu dengan aku. Ini apa yang mereka ada luahkan dekat aku dan ada juga yang menyepi mcm tu je. Mungkin aku nampak paranoid, tapi sebab banyak yang jadi pada aku dulu yang buat aku susah nak percaya orang dan buat aku jadi begini. Segelintir mungkin akan percaya tapi sebahagian besar yang lain tidak. 

Kadang, kawan ni mula-mula je mereka baik dengan kita tapi bila sekali dah mula rapat, mula tahu banyak perkara tentang kita macam kelebihan kita dan sebagainya yang mereka tiada, masa itulah muncul rasa tak puas hati dan berniat tak baik pada kita. Sebab apa, sebab mereka cemburu dan tak mampu nak jadi sebiji macam kita. Setiap kita mempunyai personaliti dan keunikan masing2 tapi kalau asyik nak tengok kelebihan orang lain dan tidak redha dengan diri sendiri, memang akan ada masalah hati. 

Jadi sekarang, makin dewasa memang makin kecil "circle friends" aku. Aku memang dah decide untuk tiada kawan baik. Sahabat aku hanyalah suami aku dan adik-adik aku saja. Cinta hati aku hanya suami tercinta. Jiwa raga aku hanya ibu bapa aku, family aku, ibu bapa mertua aku. Dan kawan rapat aku hanya dalam 3 org mcm tu..Itu pun kira kawan yang masih ada keep in touch dengan aku, tapi tak rapat mcm dlu sbb pernah ada trust issue juga. Cuma antara banyak2 kawan, mereka ni yang better sikit. 

Memang betul bukan semua orang senasib dengan aku sebab ada orang memang ada sahabat sampai mereka tua. Itu hak masing-masing. Pada pendapat aku la, kalau setakat cemburu sikit-sikit dengan kawan tu lumrah hidup sebab setiap manusia ada hasad dalam diri cuma macam mana cara kita kawal hasad tu. Ada yang melayan hasad tu sampai jadi teruk dan toksik pada diri sendiri dan orang lain. Maksud aku cemburu yang melampau lampau sampai memudaratkan orang yang mereka cemburukan tu, tu yang tak sepatutnya. That's why aku sekarang pilih untuk banyak bersendiri dari kawan-kawan sebab dah serik dengan apa yang jadi. Terlalu pahit untuk dikenang. Apa yang aku cerita ni hanya melibatkan aku dengan kawan perempuan je, tapi tidak jadi pada kawan-kawan lelaki sebab aku sendiri tak pernah ada isu macam ni dengan kawan lelaki. Kesimpulannya, buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. 

Monday, February 21, 2022

STRUGGLE IS REAL ( Aku Si Pencari Kerja)

 Assalamualaikum korang. Minta maaf sebab lama dah tak update story baru. Lately ni, aku busy sikit sebab dah start nak cari kerja di tahun 2022 ni..

Harini merupakan hari kedua aku mula balik mencari kerja di bulan Februari ni. Aku bukan apa, sebab dah hampir 3 bulan terperap kat rumah je. Berat badan pun dh naik..Asyik makan tidur, bosan dah. Tu yang aku memang decide nak cari kerja tu. Lagipun, aku ada komitmen kereta, family, pastu ingat macam nak start saving sikit la. Mmg lah aku dh berkahwin, suami boleh tanggung, tapi aku tak sampai hati nak suami tanggung selamanya..Aku sendiri pun rimas .Tambahan pulak aku plan asal sebelum ni nak rehat sekejap je. Sebab haritu nak selesaikan banyak urusan termasuklah majlis perkahwinan aku yg dah bertangguh hampir 7 bulan disebabkan PKP Covid ni.

Okaylah, tanpa membuang masa, aku nak cerita sikit. Untuk bulan ni saja, aku dah kali keberapa cari kerja, merata sampai ke luar daerah la aku cari. Daripada kerja kilang, ofis sampai ke kerja kedai-kedai biasa, semua aku cari. Cuma cabaran bila dah berkahwin ni, bukan semua tempat nak terima status berkahwin ni bekerja, sebab kebanyakan company tak nak ambil risiko in case staf mereka mengandung ke nak mengisah anak dan banyak ambik cuti. Ya, itulah yang jadi. Kalau ikutkan, taktahu la nak cakap macam mana. Merata dah aku minta, ada yang beria macam nak ambik aku kerja, sudahnya senyap tanpa berita. Ada yang beria masa mula, lepastu takde apa respon. Begitulah ya kehidupan sebagai job seeker. 

Ada cerita aku nak share harini. Masa aku cari kerja tadi, aku sempat pergi satu walk in interview, klinik gigi ya. Masa iv, aku dengar je apa yg IV tu terangkan dan dia banyak je terangkan tentang jobscope kerja. Tapi yang buat aku tak boleh accept bila mana, task kerja yang dia bagitahu tu sangatlah tidak berbaloi dengan tawaran gaji yang dia bagitahu tu. Come on la, ini dah tahun 2022, mana ada gaji Rm750 lagi. Mentang2 lah kita ni betul2 nak bekerja, majikan pula sewenangnya mengambil kesempatan dalam kesempitan. Memang rasa macam kena game, bayangkan ya, aku dari tadi duk tenung je staf kat kaunter 2 org tu, which is aku rasa mereka lagi muda dari aku, kerja diorang hanya jawab call dan duduk saja. So apa yang aku nak point kan disini, cuba bayangkan,aku diberi task yang banyak, front desk kne buat, assist doctor pun kena, prepare n clean up everything pun aku kne..Habistu, apa function depa yang kat kaunter tu, kalau dah semua pun aku je yang buat? See? Itulah yang aku persoalkan. 

Next, aku nak share apa yang berlaku tadi masa minta kerja tempat kedua. Yang ni aku minta kje jadi pembuat waffle dan minuman. Masa minta sini, ada la sorang pekerja perempuan ni, dia nampak lebih muda dari aku tau. Masa tanya dia tentang kerja kosong, dia tengok muka aku lama2, ohh ya masa ni aku pakai mask tau. Lepastu dia kata takde. Aku tanya la dekat budak tu elok2, aku ckp kenapa dekat banner depan kedai ni bagitahu ada jawatan kosong? Lepastu dia jawab, " Ohh yang tu lama punya, belum cabut lagi" Entahla susah nak percaya sebab setahu aku pekerja kat mana2 branch waffle tu semua minimum kena ada 2 pekerja. So aku sangat curious tau. Lagipun dia pekerja je. Maybe ada rasa iri hati ke apa ke, I don't know laa kan sebab hati orang ni kita tak tahu.

Ketiga, aku ada cuba minta kerja dekat kilang ya. Jadi masa minta ni, aku tengok ada banner terpampang tulis pelbagai jawatan kosong termasuklah kerani. Aku pun tanya la dengan pakcik guard India tu, dia kata nak mohon kerja ke? Aku cakap ya, tapi nak mohon kerani, dia cakap full.. Entah la, ehh entah la susah nak percaya..Aku pun tak tahu kenapa. 

Takpela, walaupun ada rasa fed up sebab semua macam apa je, sampai ada satu tahap rasa macam rezeki kerja untuk aku kat dunia ni takde, tapi aku kuatkan hati dan fikir baik2, mungkin belum tiba masanya untuk diri ini dapat kerja yang sesuai dengan aku. Biarlah ada beribu manusia pun yang cuba halang pintu rezeki aku, tapi ketahuilah manusia tiada kuasa kerana mereka juga seorang hamba di bumi Allah. Bumi Allah luas, dan Allah adalah Maha Pemberi Rezeki. Yang bagi rezeki tu Allah, bukan manusia. Biarlah, percayalah jika kita tidak ditakdirkan untuk bekerja disitu, mungkin ada rezeki di tempat lain. Boleh jadi tempat yang kita tak dapat tu, penuh dengan situasi kerja yang toksik atau cuba manusia yang penuh dengan hasad dengki. Jadi, percayalah pada Janji Allah.. InshaAllah pasti ada jalan yang terbaik.

Friday, January 28, 2022

PITAM BUKAN PERKARA YANG KECIL

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera para pembaca. 

Hihi. Harini first time aku menulis entri tengah pagi buta camni.. Okay jugak kan..Tenang sikit otak ni, boleh juga dapat ilham menulis banyak2 sikit.

Okaylah, back to the story. So aku terpanggil untuk menulis entri tajuk "Pitam" ni sebab baru-baru ini, aku ada tengok satu video pendek di Ig story ni, di mana ada seorang lelaki telah jatuh lalu pitam semasa beliau tengah duduk dan barber sedang gunting rambut.

Actually, perkara ni pernah terjadi pada aku juga. Ada la dalam lebih kurang 10 kali mcm tu aku pitam. Aku dulu tak aware pun tentang benda2 camni sebab aku just ingat masa first time kena tu masa tengah kawad rumah sukan, sekitar tahun 2008 macam tu. Masa tu aku darjah 5. Biasalah budak2 lagi, tak kenal terms pitam tu apa kan. So aku go through satu persatu, masa kena pitam first time ni, aku mmg berdiri di tengah panas sangat lama ya gais, sebab tahu2 la kan taklimat panjang berjela sebelum perasmian hari sukan tu. Jadi mmg sgt panas sebab buat hari sukan masa tengahari ya. Entah macam mana tengah berdiri tu, badan ni tiba2 rasa menggigil, telinga berdengung kuat, mata jadi kabur, kepala pulak masatu rasa sangatlah berat. Memang dia automatik tau. Tup2 aku dah tumbang dah. Teruslah kwn2 papah aku di khemah berteduh. 

Kali kedua kena masa pergi karnival mcm Jomheboh tu..Tak sure atau Karnival Suarasa ,ala kalau korang ingat dulu event2 camni zaman dulu mmg popular sampai masuk tv la time tu.. hihi. So nk dijadikan cerita, kat sinilah aku tumbang juga. Seingat aku masa tu, aku dengan adik-beradik aku ikutlah makcik aku pergi sini. Suasana kan agak crowded sebab ramai pengunjung yg dtg, tambah pulak panas dan yang paling aku tak boleh lupa, ada konsert masa tu weyh. Memula aku ok je, Tak rasa pape tiba2 jadi mcm yg pernah jdi before ni. Tahula kan, konsert bunyi bising dan bingit, aku pun tak sedar dh tumbang. Nasib baik ada adik-beradik yg ambil berat. Tapi la, yg paling aku tak leh lupa kakak sulung aku la yg byk tlg aku masatu. Malu? Ya .mmg malu tpi nk buat mcm mne. Bkn aku yg minta. Sampai seingat aku masa lepas pitam tu, makcik aku pun bawalah kami ni makan nasi ayam kat kedai situ, aku kn baru lepas pitam, mmglah rasa xde selera nk mkn, then makcik aku duk membebel kat aku sbb aku xnk mkn. Sedih masatu bila ingat balik. Betul la org ckp, cara parents kita jaga dgn org lain jaga mmg xkn sama. Mereka lebih faham kita kn.

So next, aku proceed ketiga keempat dan seterusnya ya tapi aku singkatkan je. Aku tak nak korang boring baca, hihi. Ok yg ketiga ni, aku pitam masa main badminton dgn kakak aku. Actually, kami sgt aktif main badminton setiap ptg, ni masa umur aku dlm 13 tahun cmtu ya. Sebab terlalu byk pergerakan ,melompat- menunduk utk ambik bulu tgkis, entah mcm mana tetiba badan aku goyang2.. masa ni mmg aku dh tahu mesti aku pitam ni. Mmg terus stop main, balik rumah n get rest tau. Keempat, aku kne masa pergi Bazar Ramadan, masa ni aku 14 tahun, alkisahnya aku baru baik dari demam ya..Lepas baik dri demam tu, mmg aku puasa mcm biasa. Masa kt bazaar, jadi sama juga, tpi aku rasa faktor asap, panas dan suasana bising ni la antara faktor aku pitam. So mmg pitam. Alhamdulillah ,mak abah perasan sbb muka aku mmg sgt pucat, mcm zombie tau hihi. Lepas tu, abah n mak papah aku utk duduk kt kerusi batu berdekatan, terus abah gi bli air kelapa berdekatan. Terus juga org tu bagi free je air kelapa tu sbb dia pun terkejut tgok situasi aku. Semoga peniaga yg bagi aku air free tu dimurahkan rezeki.. Aamiin..

Kelima, aku pitam masa pergi jalan2 dgn makcik n cousin aku..Kami non stop jalan, sampai aku pitam juga. Masa ni, sepupu n makcik aku papah aku jalan. Makcik aku yg sorang tu baik sgt, siap belikan roti segar kt dlm mall tu. Keenam, jadi pitam masa berlatih kawad...Ketujuh, pun sama juga sbb kawad. Kelapan, jadi masa aku tengah kerja. Masa ni bulan puasa, ingat lagi masa tu tahun 2015, biasalah kedai pakaian mmg ramai pelanggan dan kami tak dibenarkan duduk kalau ada pelanggan. Maka, berdirilah aku dgn kwn2 lain. Kawan aku la sedar muka aku pucat, dia mmg nmpk aku dh nk pitam. Cepat2 dia paksa aku buka puasa. Masa ni aku berdegil tak mahu, sbb aku x pernah buka puasa. Aku takut Allah marah. Kawan aku tu pujuk2 aku, dia kata Allah tak marah, Allah faham. Deep ayat dia. Aku nk nangis masa tu.. :')

Kesembilan, yg ni jadi masa zmn belajar. Masa tu kelas ladang. Tapi masa2 ni aku dah lebih faham and aware dgn kesihatan aku. Biasalah student pertanian, ladang dgn student ni mcm kawan baik. Mudah kata, mmg sebati la jiwa kami dgn tanah dan ladang ni..Masa ni aku dh rasa nk pitam, cepat2 aku jalan menuju bengkel teduh kat ladang tu. Bayangkan ya, masa ni org lain semua sibuk berladang, tiba2 aku sorang je duduk relax kt bawah tu, mestilah nmpk pelik kn. Aku bkn curi tulang ya. Aku nk pitam, so aku terpaksa la demi kesihatan aku. Aku terus duduk, minum air dan relaks..Penting untuk stabilkan diri kita dlu.

Dan yang terakhir, masa ni kerja kilang jadi operator. Mmg hadap mesin dari jam 8 pagi smpai 5 ptg..Masa ni mmg x larat sgt..Diri duduk, diri duduk.. sbb kan kne cekap dan laju..mmg kne kuat la..Tambahan pula, masa ni bulan puasa. Ni pun terus aku duduk je..So sekian saja dari perkongsian pengalaman pitam aku ni..

So kat bawah ni aku akan share simptom Pitam dan Cara Atasi Bila jadi Pitam ya.

++SIMPTOM PITAM YG KORANG KENA TAHU:++

1. MATA JADI KABUR SECARA TIBA-TIBA.

2. TELINGA BERDENGUNG (korang akn dengar bunyi suara org sekeliling korang tu dlm keadaan yg sgt rapat/dekat dgn korang.)

3. KEPALA JADI BERAT 

4. BADAN SHAKING( MENGGIGIL)

5. BADAN LEMAH LONGLAI (tak mampu berdiri lama & rasa nk tumbang)

6. SELURUH WAJAH MENJADI PUCAT. MCM ZOMBIE ... MULUT TU PUTIH JE..


++APA PERLU BUAT JIKA DIRI SENDIRI/ORG SEKELILING PITAM???++

1. BAWA MANGSA KE TEMPAT YG LEBIH TEDUH (cth dari tempat panas ke tempat lbih teduh).

2. JANGAN KERUMUN MANGSA. CUKUP DALAM SEORANG DUA JE, YG TOLONG MANGSA. TAK BOLEH KERUMUN SEBAB MANGSA PERLU RUANG.

3. JANGAN BERCAKAP/BUAT BISING DI SEKITAR MANGSA. (sebab masa ni walaupun korang bercakap jauh, telinga mangsa akn rasa bingit, suara korang akn bergema lebih dekat dgn telinga mangsa, walaupun korang ckp jauh)

4. MANGSA SAMA ADA SEDAR/SEPARA SEDAR PERLU ANGKAT SLOW2 KEPALA MANGSA DAN BERI AIR. KALAU ADA AIR KELAPA PIOR LAGI ELOK. (ni untuk bagi mangsa fresh semula, sbb bila pitam..mmg kita rasa sangat dahaga ya.)

5. BAGI MANGSA REST ( supaya dia senang nak get along untuk badan dia stabil semula)


++PUNCA PITAM++ :

1. KERJA NON STOP & TAK CUKUP REST

2. BERDIRI DALAM KEADAAN YG TERLALU LAMA 

3. BERADA DLM KEADAAN YG TERLALU BISING DAN BINGIT.

4. BERADA DI TENGAH PANAS TERLALU LAMA.

5. BERADA DI RUANG YANG CROWDED/SEMPIT 

6. MELAKUKAN PERGERAKAN YANG SAMA BERULANG KALI. (contoh berdiri-tunduk, kedepan-kebelakang, melompat-tunduk, dsb)

Sebenarnya, sangat penting untuk kita ambil berat dengan kesihatan kita. Sebab itu akan buatkan kita lebih sayang dan hargai diri kita sebab kadang kita tak sedar yang kita ni suka push diri kita. Ingatlah, tidak semua orang faham situasi kita unless mereka pernah lalui perkara yg sama.Love yourself first.

Semoga entri ni bermanfaat untuk para pembaca semua..


Sekian...










Nafkah Batin. Penting atau tak penting??

Assalamualaikum warga blogger yg budiman. Setelah berbulan-bulan aku meninggalkan blog ini, dah berhabuk baru hari ni aku terpanggil untuk m...