Friday, January 28, 2022

PITAM BUKAN PERKARA YANG KECIL

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera para pembaca. 

Hihi. Harini first time aku menulis entri tengah pagi buta camni.. Okay jugak kan..Tenang sikit otak ni, boleh juga dapat ilham menulis banyak2 sikit.

Okaylah, back to the story. So aku terpanggil untuk menulis entri tajuk "Pitam" ni sebab baru-baru ini, aku ada tengok satu video pendek di Ig story ni, di mana ada seorang lelaki telah jatuh lalu pitam semasa beliau tengah duduk dan barber sedang gunting rambut.

Actually, perkara ni pernah terjadi pada aku juga. Ada la dalam lebih kurang 10 kali mcm tu aku pitam. Aku dulu tak aware pun tentang benda2 camni sebab aku just ingat masa first time kena tu masa tengah kawad rumah sukan, sekitar tahun 2008 macam tu. Masa tu aku darjah 5. Biasalah budak2 lagi, tak kenal terms pitam tu apa kan. So aku go through satu persatu, masa kena pitam first time ni, aku mmg berdiri di tengah panas sangat lama ya gais, sebab tahu2 la kan taklimat panjang berjela sebelum perasmian hari sukan tu. Jadi mmg sgt panas sebab buat hari sukan masa tengahari ya. Entah macam mana tengah berdiri tu, badan ni tiba2 rasa menggigil, telinga berdengung kuat, mata jadi kabur, kepala pulak masatu rasa sangatlah berat. Memang dia automatik tau. Tup2 aku dah tumbang dah. Teruslah kwn2 papah aku di khemah berteduh. 

Kali kedua kena masa pergi karnival mcm Jomheboh tu..Tak sure atau Karnival Suarasa ,ala kalau korang ingat dulu event2 camni zaman dulu mmg popular sampai masuk tv la time tu.. hihi. So nk dijadikan cerita, kat sinilah aku tumbang juga. Seingat aku masa tu, aku dengan adik-beradik aku ikutlah makcik aku pergi sini. Suasana kan agak crowded sebab ramai pengunjung yg dtg, tambah pulak panas dan yang paling aku tak boleh lupa, ada konsert masa tu weyh. Memula aku ok je, Tak rasa pape tiba2 jadi mcm yg pernah jdi before ni. Tahula kan, konsert bunyi bising dan bingit, aku pun tak sedar dh tumbang. Nasib baik ada adik-beradik yg ambil berat. Tapi la, yg paling aku tak leh lupa kakak sulung aku la yg byk tlg aku masatu. Malu? Ya .mmg malu tpi nk buat mcm mne. Bkn aku yg minta. Sampai seingat aku masa lepas pitam tu, makcik aku pun bawalah kami ni makan nasi ayam kat kedai situ, aku kn baru lepas pitam, mmglah rasa xde selera nk mkn, then makcik aku duk membebel kat aku sbb aku xnk mkn. Sedih masatu bila ingat balik. Betul la org ckp, cara parents kita jaga dgn org lain jaga mmg xkn sama. Mereka lebih faham kita kn.

So next, aku proceed ketiga keempat dan seterusnya ya tapi aku singkatkan je. Aku tak nak korang boring baca, hihi. Ok yg ketiga ni, aku pitam masa main badminton dgn kakak aku. Actually, kami sgt aktif main badminton setiap ptg, ni masa umur aku dlm 13 tahun cmtu ya. Sebab terlalu byk pergerakan ,melompat- menunduk utk ambik bulu tgkis, entah mcm mana tetiba badan aku goyang2.. masa ni mmg aku dh tahu mesti aku pitam ni. Mmg terus stop main, balik rumah n get rest tau. Keempat, aku kne masa pergi Bazar Ramadan, masa ni aku 14 tahun, alkisahnya aku baru baik dari demam ya..Lepas baik dri demam tu, mmg aku puasa mcm biasa. Masa kt bazaar, jadi sama juga, tpi aku rasa faktor asap, panas dan suasana bising ni la antara faktor aku pitam. So mmg pitam. Alhamdulillah ,mak abah perasan sbb muka aku mmg sgt pucat, mcm zombie tau hihi. Lepas tu, abah n mak papah aku utk duduk kt kerusi batu berdekatan, terus abah gi bli air kelapa berdekatan. Terus juga org tu bagi free je air kelapa tu sbb dia pun terkejut tgok situasi aku. Semoga peniaga yg bagi aku air free tu dimurahkan rezeki.. Aamiin..

Kelima, aku pitam masa pergi jalan2 dgn makcik n cousin aku..Kami non stop jalan, sampai aku pitam juga. Masa ni, sepupu n makcik aku papah aku jalan. Makcik aku yg sorang tu baik sgt, siap belikan roti segar kt dlm mall tu. Keenam, jadi pitam masa berlatih kawad...Ketujuh, pun sama juga sbb kawad. Kelapan, jadi masa aku tengah kerja. Masa ni bulan puasa, ingat lagi masa tu tahun 2015, biasalah kedai pakaian mmg ramai pelanggan dan kami tak dibenarkan duduk kalau ada pelanggan. Maka, berdirilah aku dgn kwn2 lain. Kawan aku la sedar muka aku pucat, dia mmg nmpk aku dh nk pitam. Cepat2 dia paksa aku buka puasa. Masa ni aku berdegil tak mahu, sbb aku x pernah buka puasa. Aku takut Allah marah. Kawan aku tu pujuk2 aku, dia kata Allah tak marah, Allah faham. Deep ayat dia. Aku nk nangis masa tu.. :')

Kesembilan, yg ni jadi masa zmn belajar. Masa tu kelas ladang. Tapi masa2 ni aku dah lebih faham and aware dgn kesihatan aku. Biasalah student pertanian, ladang dgn student ni mcm kawan baik. Mudah kata, mmg sebati la jiwa kami dgn tanah dan ladang ni..Masa ni aku dh rasa nk pitam, cepat2 aku jalan menuju bengkel teduh kat ladang tu. Bayangkan ya, masa ni org lain semua sibuk berladang, tiba2 aku sorang je duduk relax kt bawah tu, mestilah nmpk pelik kn. Aku bkn curi tulang ya. Aku nk pitam, so aku terpaksa la demi kesihatan aku. Aku terus duduk, minum air dan relaks..Penting untuk stabilkan diri kita dlu.

Dan yang terakhir, masa ni kerja kilang jadi operator. Mmg hadap mesin dari jam 8 pagi smpai 5 ptg..Masa ni mmg x larat sgt..Diri duduk, diri duduk.. sbb kan kne cekap dan laju..mmg kne kuat la..Tambahan pula, masa ni bulan puasa. Ni pun terus aku duduk je..So sekian saja dari perkongsian pengalaman pitam aku ni..

So kat bawah ni aku akan share simptom Pitam dan Cara Atasi Bila jadi Pitam ya.

++SIMPTOM PITAM YG KORANG KENA TAHU:++

1. MATA JADI KABUR SECARA TIBA-TIBA.

2. TELINGA BERDENGUNG (korang akn dengar bunyi suara org sekeliling korang tu dlm keadaan yg sgt rapat/dekat dgn korang.)

3. KEPALA JADI BERAT 

4. BADAN SHAKING( MENGGIGIL)

5. BADAN LEMAH LONGLAI (tak mampu berdiri lama & rasa nk tumbang)

6. SELURUH WAJAH MENJADI PUCAT. MCM ZOMBIE ... MULUT TU PUTIH JE..


++APA PERLU BUAT JIKA DIRI SENDIRI/ORG SEKELILING PITAM???++

1. BAWA MANGSA KE TEMPAT YG LEBIH TEDUH (cth dari tempat panas ke tempat lbih teduh).

2. JANGAN KERUMUN MANGSA. CUKUP DALAM SEORANG DUA JE, YG TOLONG MANGSA. TAK BOLEH KERUMUN SEBAB MANGSA PERLU RUANG.

3. JANGAN BERCAKAP/BUAT BISING DI SEKITAR MANGSA. (sebab masa ni walaupun korang bercakap jauh, telinga mangsa akn rasa bingit, suara korang akn bergema lebih dekat dgn telinga mangsa, walaupun korang ckp jauh)

4. MANGSA SAMA ADA SEDAR/SEPARA SEDAR PERLU ANGKAT SLOW2 KEPALA MANGSA DAN BERI AIR. KALAU ADA AIR KELAPA PIOR LAGI ELOK. (ni untuk bagi mangsa fresh semula, sbb bila pitam..mmg kita rasa sangat dahaga ya.)

5. BAGI MANGSA REST ( supaya dia senang nak get along untuk badan dia stabil semula)


++PUNCA PITAM++ :

1. KERJA NON STOP & TAK CUKUP REST

2. BERDIRI DALAM KEADAAN YG TERLALU LAMA 

3. BERADA DLM KEADAAN YG TERLALU BISING DAN BINGIT.

4. BERADA DI TENGAH PANAS TERLALU LAMA.

5. BERADA DI RUANG YANG CROWDED/SEMPIT 

6. MELAKUKAN PERGERAKAN YANG SAMA BERULANG KALI. (contoh berdiri-tunduk, kedepan-kebelakang, melompat-tunduk, dsb)

Sebenarnya, sangat penting untuk kita ambil berat dengan kesihatan kita. Sebab itu akan buatkan kita lebih sayang dan hargai diri kita sebab kadang kita tak sedar yang kita ni suka push diri kita. Ingatlah, tidak semua orang faham situasi kita unless mereka pernah lalui perkara yg sama.Love yourself first.

Semoga entri ni bermanfaat untuk para pembaca semua..


Sekian...










No comments:

Post a Comment

Nafkah Batin. Penting atau tak penting??

Assalamualaikum warga blogger yg budiman. Setelah berbulan-bulan aku meninggalkan blog ini, dah berhabuk baru hari ni aku terpanggil untuk m...