Sunday, June 14, 2020

JODOH PASTI BERTEMU

Assalamualaikum...

Haaa okay... Ni first blog yg aku nak tulis. Actually, dulu dah ada satu then aku delete balik sebab rasa macam tak worth je n I don't have enough time to write on. Okay, let's move to our topic which is killer topic yg diminati setiap insan. Jodoh. Ya, itulah tajuk yang aku nak kupas hari ini.


Jodoh?? Apakah itu?
Jodoh adalah suatu anugerah Allah yg ditetapkan ke atas hambaNya dalam sesebuah pertemuan ke atas perjalanan kehidupan manusia. Jodoh ni pendek cerita ,ia merangkumi semua level. Misalnya macam masa zaman sekolah, kita berjumpa dengan kawan2 kita, zaman belajar pula, jumpa pulak dengan kawan belajar, jumpa pulak dengan guru yg ditetapkan untuk mengajar kita, dan begitulah juga rakan sekerja. Apa yg melibatkan pertemuan antara kita dan seseorang itulah yg dipanggil jodoh.


Okay, dah jelas kan? Tapi harini aku cuma nak highlight jodoh dalam bentuk pasangan. Yeahhh..cenggitu... Betul ke jodoh ni kata orang ianya tak perlu dicari sebab ianya akan datang sendiri.. Ramai sebenarnya yg membuat tafsiran yg salah mengenai jodoh. Sebenarnya, jodoh itu perlu dicari dgn usaha, bukannya menunggu ianya dtg bergolek. Same goes mcm makan. Adakah kita hanya perlu menunggu makanan tu dtg pada kita dan terbang masuk ke dalam mulut kita? Magic sgt laa kalau macam tu kn? Nampak tak dekat sini, even kita nk mkn sekalipun, kita kena usaha kan, jadi, samalah macam soal jodoh ni.


Ada 2 jenis jodoh.
1) Jodoh dari Allah
2) Jodoh atas pilihan kita sendiri

First, aku terangkan tentang jodoh dari Allah. Jodoh dari Allah tu adalah jodoh yang kita sendiri pun tak jangka. Tiba2 kita rapat dengan dia, tiba2 boleh serasi, tiba2 eh eh mudahnya urusan perkahwinan kita, haa gitu.. 


Second, jodoh atas pilihan kita sendiri. Mostly ramai yg akn prefer yg ni kn. Jodoh ni pula bila mana kita sendiri yg pilih, kita yang nak dia jadi jodoh kita. Ramai orang saya lihat, walaupun dia tahu pasangan dia tu ada slack atau senang cte kita panggil pasangan ni selalu buat kita susah, sedih before kahwin tpi bila atas nama sayang, kita sanggup pertahankan hubungan ini. Perasan tak, majoriti masyarakat kita yg bercerai muda oleh kerana masalah rumahtangga yg berpunca dari pasangan sendiri. So seperti yg dikaji, perceraian tu berlaku atas sebab jodoh pilihan kita sendiri. Sebab tu kita tak kekal lama dgn pasangan kita. Pasangan kita itu adalah jodoh orang lain sebenarnya, tapi perkahwinan yg pernah terbina itu sebagai tanda proses kematangan kita dalam melayari kehidupan.


Kepada yg masih single, atau belum berkahwin, pesan aku, fikirlah dan buatlah keputusan dgn sebaik nya. Ingatlah bahawa perkahwinan ni bukan utk sehari dua, tapi untuk selamanya hingga ke syurga. Jadi, pilihlah jodoh yg baik. Kerana Allah mmg akan pertemukan kita dengan pelbagai insan sebagai jodoh kita, tapi tinggal kita pulak yg perlu pilih mana yg terbaik sebab Allah tu dia dh kurniakan akal utk kita berfikir.

Disini, aku sertakan tips bagi mendapatkan jodoh yg baik.
1) Jaga hubungan dgn Allah. Bila kita jaga hubungan dgn Dia, Dia pun akan jaga kita. 
2) Jaga hubungan dgn ibu bapa , keluarga. Buat baik dgn keluarga seikhlas hati.
3) Jaga maruah diri kita. Sayang diri kita sendiri. Jika kita pernah buat kesilapan masa lalu, bertaubatlaa.. InshaAllah akan dipermudahkn.
4) Tahajjud dan istikharah. Ini penting. Sebab petunjuk Allah tk pernah Salah.
5) Jauhi maksiat. Jauhi zina. Jaga ikhtilat.
6) Menutup aurat dengan betul dan sempurna, bgi wanita. Penting untuk elakkan dari pandangan mata jahat ajnabi bernafsu, dan juga untuk mendidik diri menjadi muslimah yg sejati.

Ingatlah, jodoh itu cerminan diri. Sebaik mana kita, sebegitu jualah baik pasangan kita. Begitulah sebaliknya. Rasanya cukup setakat ini aku share mengenai jodoh ni. Selamat beramal gaiss...


-Adinda Khayalan-

Nafkah Batin. Penting atau tak penting??

Assalamualaikum warga blogger yg budiman. Setelah berbulan-bulan aku meninggalkan blog ini, dah berhabuk baru hari ni aku terpanggil untuk m...