Saturday, April 30, 2022

Perbandingan Hidup Yang Kadang Kala Merumitkan

Assalamualaikum dan Selamat Malam semua..

Ni bukan cerita cuma sedikit pandangan/luahan hati aku. Aku terpanggil untuk tulis disini sebab aku selalu tengok posting-posting di media sosial ini yang selalu membandingkn cara/kehidupan masing-masing itu adalah lebih baik dari orang lain.

Contohnya, aku pernah baca ada para ibu-ibu yang suka berkongsi kisah tentang cara melahirkan anak secara normal atau ceaser. Kadang ibu yang mampu melahirkan secara normal ni suka memperlekehkan ibu yang melahirkan cara ceaser..Selalu jugak aku tengok komen-komen mereka ni kadang suka sangat membandingkn seolah-olah diri mereka lebih baik. Begitu juga dengan bilangan anak. Orang kita ni terlalu suka banding kan sampai satu masa melukakan hati orang lain. Kadang bila kita dikurniakan bilangan anak yang sikit, dikatanya kita jaga badan. Kalau yang mempunyai bilangan anak ramai tu dikira hebat. Mungkin bilangan anak itu sudah menjadi ketetapan ilahi mengikut kemampuan diri seseorang itu atau mungkin seseorang itu ada sebab mereka tersendiri.

Begitulah juga dengan emas. Kalau awak mampu pakai emas berkilo-kilo, pakailah tapi janganlah perlekehkan orang yang hanya mampu membeli emas halus, sebab mungkin bajet mereka tak besar macam awak. Kalau yang memang jenis tak suka pakai emas, tak perlu nak perlekehkan orang yang pakai emas ni macam-macam. Jangan nak banding kan siapa lebih baik.

Macam tu juga bila kita mampu untuk pakai kereta mewah, rumah mewah dan bercuti di tempat mewah. Tak perlu nak perlekeh orang lain yang hanya mampu pakai kereta biasa-biasa, rumah kos rendah dan hanya mampu bercuti dengan percutian bajet. Lain orang, lain pendapatan. Tak perlu beritahu semua orang yang awak tu kaya, tak perlu tabur-tabur duit macam tak pernah jumpa duit..Poket kita semua tak sama.

Jika awak ada rezeki dapat kerja bagus, jangan hina orang yang menganggur, bekerja sendiri atau tidak senasib dengan awak.Jangan, sebab kita sendiri tak tahu berapa strugglenya seseorang itu cuba untuk dapat kerja bagus macam kita tapi mereka tidak berpeluang seperti kita. Mana tahu jika Allah itu sedang mengatur rezeki mereka itu jauh lebih baik dari apa yang mereka sangkakan. Jika awak ada anak yang cepat belajar, jangan ajar atau tunjuk cara awak didik anak awak pada ibu bapa lain. Itu cara awak. Ibu bapa lain pun ada cara mereka didik anak masing-masing. Ini tidak, kadang ada ibubapa yang suka show off anak mereka itulah, inilah. Bagus, bukan tak bagus tapi cara awak tak semestinya sesuai untuk kemampuan anak orang lain. Setiap anak berbeza personaliti, kelebihan dan mempunyai keunikan tersendiri.

Sama juga kalau awak seorang yang suka berjimat cermat, tak perlu obses sangat nak kongsi tips berjimat cermat awak tu pada orang lain, sebab tak semua orang berminat dan setuju dengan cara awak tu. Aku pernah baca satu perkongsian ni, dia cerita mengenai misi jimat cermat dia tu tapi kadang ada part yang aku tak setuju. Sampai baju anak pun nak beli semua bundle sedangkan dia bukan tak mampu. Tapi dah terlalu obses sampai dah tak boleh nak beza antara jimat dengan kedekut. Rezeki yang kita dapat tu rezeki anak anak juga. Jadi tak salah jika bagi anak-anak merasa baju baru. Lainlah jika awak memang betul-betul tak mampu. Lepastu berkongsi tips hidup awak untuk dijadikan ikutan orang lain. Kalau awak selesa dengan cara awak yang begitu, silakan tapi tak perlu orang lain ikut cara awak. Nanti ada pulak orang yang sebelum ni tak berkira jadi berkira dan berjimat tak kena tempat pula.

Begitu juga kalau anak awak belajar kos yang hebat dan popular.Anak orang ini belajar kos biasa-biasa sahaja. Tak perlu nak cerita itu ini sampai nak downgradekan kos anak orang yang belajar biasa-biasa ni. Tak perlu nak cakap lebih-lebih sampai kata kos yang anak orang tu belajar tak kemana la tak banyak peluang kerja la. Awak tu bukan Tuhan ya. Kalau anak kita cepat belajar bercakap, merangkak, jangan sesekali kita jadi doktor yang nak mendiagnos anak orang lain tu autism la apa la..Jangan. Jangan suka nak cakap padan muka dekat anak orang lain atau cakap yang bukan-bukan yang bukan bidang kuasa kita. Tuhan tu boleh uji dengan apa yang kita perkatakan. Elakkan bercakap angkuh.

Lagi satu, aku selalu perhatikan orang kita ni suka judge penampilan orang lain. Bila orang tu berpakaian biasa, dikatakan old school sebab tak ikut trend. Sama juga jika seseorang itu bertudung lengkap dengan menutup aurat sempurna pun digelar ustazah dan dijadikan bahan ejekan. Sedangkan dia sudah faham apa yang disyariatkan oleh agama Islam. Begitu juga yang tak menutup aurat ni dipandang atas bawah dan dikecam teruk seolah mereka ni confirm ahli neraka. Adalah lebih baik untuk kita mendoakan yang baik-baik dan menghormati antara satu sama lain. Hidayah itu milik Allah dan hidayah itu pilihan Allah untuk beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Sebenarnya ada banyak lagi yang aku nak luah tapi cukuplah yang kat atas ni aku dah bagi contoh. Apa yang aku nak simpulkan dekat sini, Jangan suka nak membandingkan kehidupan mahupun cara kita dengan orang lain. Berhenti merasa diri kita terpaling bagus sampai rasa orang lain tu useless.. Ingat, dunia ni bukan milik kita. Harta, kekayaan, kebijaksanaan, rupa paras, dan pangkat yang kita ada sekarang ini semua bersifat sementara. Semua Dia punya. Kita ni manusia hanya pemegang amanah saja. Bawak-bawaklah muhasabah diri. Nikmatilah kehidupan awak dengan tenang tanpa perlu membandingkan mahupun menyakiti hati insan lain. Kan lebih bahagia bila kita amalkan cara sebegini. Raikan pendapat dan kepelbagaian antara kita bukan membandingkan siapa paling bagus. Jaga tutur kata kita. Jika tutur kata kita mampu melukakan hati insan lain, diam itu lebih baik. Pilihlah untuk berdamai dari menyakiti.

Pesanan tulus dari saya yang insan biasa ni. Dah nak dekat raya dan masing-masing pun nak berjumpa dengan keluarga yang hampir 2 tahun tak jumpa. Jaga hubungan baik antara keluarga. Jangan jadikan pertemuan ini sia-sia. Cipta memori yang indah bersama yang tersayang. Selamat Hari Raya semua.

Tuesday, April 5, 2022

HIKMAH BERSYUKUR

Assalamualaikum dan selamat malam kepada para pembaca sekalian. Alhamdulillah harini merupakan hari ketiga umat Islam berpuasa pada tahun 2022 ini. Cuma biasalah, vibes Ramadhan tu tak seindah tahun2 sebelum ni, mungkin asbab covid yg melanda 2 tahun lepas kpd kita semua..

Okay, harini aku nk cerita sikit tentang Bersyukur. Semua org pernah dengar perkataan ni tapi tak semua orang praktikkan dalam kehidupan masing2 kan. 

Korang perasan tak, sebenarnya kita semua ni boleh hidup dan bahagia je dengan cara kita..Ada orang yang diuji dengan rasa susah dalam pekerjaan, ada masalah persekitaran tempat kerja, toksik, workload kerja, gaji dan macam2 lagi. Begitulah juga bila mana ada orang Allah uji dengan masalah kekeluargaan seperti ibu bapa bercerai, hidup dalam kesusahan, serta hidup dalam kesibukan dunia. Setiap manusia mmg x lari dari diuji kerana kita hidup di dunia, bukan di Syurga. 

Sejujurnya rasa bersyukur itu akan mulai hilang dalam diri kita bila mana kita terlalu byk membandingkn kehidupan kita dgn org lain. Mulai dari detik itu, kita telah didik diri kita tanpa sedar untuk sentiasa tidak merasa cukup..Kadang bila kita tgok org pakai kereta besar, kita mula judge bukan2 dekat org tu, mmg x dinafikan ada jenis org yg pakai kereta mewah untuk show off, tapi x pasal2 orang yang mmg xde show off pun kne tempias. Jika kita lihat org kerja senang, jgnlah cemburu dan banding kan hidup kita dgn dia, sbb kita sendiri tak tahu struggle dia kerja mcm mne, mungkin dari apa yg kita nmpk tu sebenarnya adalah waktu dia utk berehat. Sama juga kalau kita nmpk org asyik bercuti, jgn judge dia jenis suka habiskan duit dsb, sebab kita xtahu mungkin dengan bercuti itulah terapi untuk menghilangkan tekanan kerja atau tekanan hidup dia. Begitulah juga bila mana kita lihat ada org beli kereta mewah, makan tempat mewah, mungkin itu cara mereka nak reward diri mereka yang dh penat lelah bekerja, atau mengumpul duit. Kalau kita lihat ada kawan2 kita yang ada kerjaya lebih baik dari kita, jgn sekali rasa iri sebab itu bahagian rezeki dia. Tak perlu persoalkan dia tu itu ini mcm mana, sbb boleh jadi rezeki kawan kita dpt kerja jauh lebih baik dri kita tu sebenarnya adalah balasan kpd sisi kebaikan dia yg kita x nmpk. Dan mungkin itulah hasil dari jerih payah dia belajar dulu dan sebagainya.

Pernah tak dalam hidup, kita nampak workload kerja kita berbeza. Mungkin sometimes kita ada rasa kurang senang dan mempersoalkan kenapa dan mengapa kita x duduk kat tempat dia. Tapi percayalah, ujian hidup yg Allah tetapkan pada kita semua adalah berdasarkan kemampuan hambaNya. Ada org mungkin dia hanya mampu buat kerja yang senang, sebab itu je tahap kemampuan dia. Tapi lain pula kalau kita yg duduk kat tempat dia, mesti kita akan rasa sgt stres atau bosan sbb kita jenis yg suka buat kerja yg tough. Boleh jadi bila dia duduk tempat kita, dia x mampu utk buat sbb itu bukan kemampuan dia. Kelebihan kita mungkin adalah kekurangan dia, tapi kekurangan kita mungkin kelebihan diri dia. Yg penting, kerja yg kita buat tu, perlulah sejajar dgn gaji kita, sebab kdg2 ada org yg suka mengambil kesempatan dlm kesempitan. Kitalah yg kena pandai main peranan utk jadikan masalah tu ada jalan penyelesaian..Yang penting dlm hidup, x salah jika pandang atas tapi kdg kala kena jenguk2 bawah juga. Bila hanya memandang atas, kita akn susah nak didik hati ni utk bersyukur, dan bila kita asyik memandang yg bawah lama2 akan buatkan kita demotivated, downgraded diri kita,utk bergerak maju ke depan dan hanya berada di takuk yg sama. 

Sebenarnya dlm hidup, kita bukan sahaja bekerja, tetapi kita juga belajar. Belajar untuk mengendalikan kehidupan kita dgn baik. Everyday is a learning process. Kalau zaman belajar, kita belajar untuk menduduki ujian, tapi kalau dlm kehidupan, kita diberi ujian untuk belajar dlm kehidupan. 

Kesimpulannya, syukurilah apa yg kita ada. Hidup adalah anugerah. We do what we love, we love what we do.

Okay lah..Selamat maju jaya semua😉😉

Nafkah Batin. Penting atau tak penting??

Assalamualaikum warga blogger yg budiman. Setelah berbulan-bulan aku meninggalkan blog ini, dah berhabuk baru hari ni aku terpanggil untuk m...